Thursday 19 April 2012

L.e.m.b.a.g.a KPJ Kuantan..

Salam dan selamat petang....


kali ni post pelik ckit la.... ok..mungkin pelik banyak.... huhu... kali ni aku nak cerita tentang hantu....iyeee....hantu.... ni cerita betul tau..aku sendiri yang alaminya..bermula jumaat lepas hingga ari selasa lepas....

kesnye begini....ari Jumaat lepas mak sedara aku pergi ke KPJ Kuantan untuk membawa ayah sedara aku jumpa doktor... di sebabkan lama sangat menunggu, mereka kebosanan.... dan entah cam mana timbullah idea nak men make up - make up...ok..mak sedara aku ni mak andam... dia pun make up la anak perempaun dia yang plg last..umur 4 tahun...Alia namanye... lepas siap make up dan berdandan, dorang pun start la posing2 ambik gambar..macam2 gaya la ni.... si cilik 2, dengan galaknye posing2...maklum la da cantik kn... masa ambik gambar 2, mak sedara aku ni xde la nk tgk semula gambar2 yang da ambik 2...and then, kes yang kat hospital hbs kat ctu je..lepas siap2 semua, dorang pun balik la...

mak sedara aku sampai rumah lebih kurang kol 9 malam..masa masuk rumah 2, dia da rase semacam je...tiba2 lak rase takut nak masuk umah sendiri.... tp dia buat xtau je... dia pun masuk la umah dan mandi n siap2kan anak2 dia.... suami dia ke rumah sepupu aku sbb esoknye (sabtu) sepupu aku kawin...so, dia g merewang la... tinggal la mak sedara aku ni ngan anak2 dia je... dia pun lepak2 la ngn anak2 dia kat depan tv...sampai la tertido dengan anak2 dia... dalam lebih kurang kol 11 lebih, dia tiba2 terkejut terjaga... n dia ternampak sesuatu lembaga putih duduk di atas kepala anak dia yang tengah tidor... dia pun terkejut terus melompat bangun n bukak lampu... dengan rase x sedap hati 2, dia pun ambik la surah Yasin, letak kat atas kepala anak dia.. pastu x lama lepas 2, dia ternampak benda 2 ada kat dapur plak...dia pun, malas nak berfikir banyak (disebabkan takut jd pape) dia buat xtau je..sampai ke pagi dia x tido....

esoknye 2, Alia demam panas...tidor pun selalu terkejut dan menangis tanpa sebab....demam panas sampai kena masuk wad...suhu badan sampai 41...memang panas sangat.... sehari duduk kat hospital...masa kat hospital 2, kami semua datang melawat la..masa melawat 2 kami bercerita-cerita, termasuk la bab yg g KPJ 2... pastu mak sedara aku pun tunjuk la gambar2 yang dia ambik....saje la kan nk tengok...tetiba sampai kat 1 gambar 2...nmpk pelik sgt...mcm ada yang x kena kat gambar 2... pastu mak sedara aku pun send la gambar 2 kat HP aku...aku pun pindah kan gambar 2 kat laptop....dalam laptop baru nampak jelas apa yang x kena gambar 2.... kami ternampak kelibat lembaga putih berdiri di belakang anak sedara aku 2.. lembaga 2 separuh je...dan x bape jelas... nampak seolah2 macam seorang "nurse" yang sedang berjalan..tp xkan nurse 2 ada badan separuh je kan....pinggang ke atas je ada... kaki xde... so, kami pun...syak la..benda ni yang mengganggu selama ni.....

ni la gambar 2..cuba lihat di belakang budak 2....
lokasi:: ruang menunggu KPJ Kuantan.

so, mak sedara aku pun, cari la orang nak berubat.... so, berubat la dengan sepupu mak aku...aku selalu la tengok sepupu mak aku 2 berubat orang...jadi, masa berubat 2 aku ada sekali....masa nak berubat kat Alia ni tetiba Alia menangis teresak-esak..macam sedih sangat... padahal xde pape yang menyakitkan dia..... orang 2 cakap, benda 2 sedih nak tinggalkan Alia sbb dia suka berkawan dengan Alia....dia berkenan la kiranya.... tengah2 berubat 2 jgak, kami dengar bunyi hentakan @ benda kena ketuk dengan sangat kuat sampai abg Alia yang tengah tido 2 pun boleh terjaga..bunyi 2 dengar kat atas bumbung... berkali-kali dengar bunyi 2..sampai aku menegur dan g cari bunyi apa dan datang dr mana... sbb geram sgt xtau apa yang bunyi....sampai la selesai, baru la Alia reda ckit pastu bunyi 2 pun da xde....lepas berubat 2 pun, Alia tertido...sampai hari ni, demam dia da sembuh da...  mengikut org yang berubat 2, dia kata 2 adalah roh perempuan cina, yang mati sakit masa hari perkahwinan dia kat hospital 2... sebenarnye lembaga ni memakai gaun pengantin lengkap...

so..2 la ceritanya.... aku seronok bila g tengok org berubat..mcm2 benda leh tengok...huhuhu....

p/s:: apa yang aku cerita ni adalah apa yang aku lihat n alami sendiri....sebarang pemikiran negatif, aku tidak bertanggungjawab.... semua terpulang pada pandangan masing2...ALLAH jua Yang Maha Mengetahui...=)
  

Monday 16 April 2012

Isteri Biarlah Seorang Cikgu...Kenapa??




Assalamualaikum dan selamat malam semua...=)

ehhhh.....kenapa? pelik ke dengan tajuk di atas?? ke da penah bace?? jangan terkejut ea...mungkin jgak korang penah bace..sbb ni aku ambik dr blog org jgak |sumber:2dayblogger.com|....kenapa aku ambik?? sbb aku rase artikel ni tertarik... macam kena dengan diri aku jerkk...aku pun bakal cikgu jgak...sedikit sebanyak aku setuju dengan tulisan ni..tp x kesemuanya la..kalau hal2 org kata kerja cikgu ni senang, x banyak kerja, kerja separuh hari, cuti banyak...aku langsung x setuju hal 2..perlu diingat...cikgu sekarang bukan lagi macam dulu....cikgu sekarang perlu hadap kerenah budak yg semakin kurang ajar, perlu hadap hal2 kekalkn prestasi sekolah dan perlu hadap mcm2 program utk anak2 bangsa semua.... jangan pandang remeh kerja cikgu...x seperti yang dilihat dan dipikirkan...nak tau macam mana teruknya kerja cikgu, try la korang jadi cikgu sehari...tau la azabnye camne...huhu..tapi...aku SANGAT BERBANGGA MENJADI GURU BITARA...!! =) |tetiba semangat lak..|ok la...jom, kita layan sebab kenapa lelaki perlu cari isteri seorang guru..... enjoy n santai je k...=)

1) Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan |janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!| dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.!!
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama. Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. |Eh?|

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Nak tanda kertas, ada garis panduan. Sampai sekolah, isi waktu kedatangan. Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa. Bila boleh nak menipunya.

Nak berpeleseran?Jauh sekali.Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……” |Gila kau.|

Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.  Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru |ni dialog penulis asal la ea|

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Dia : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Dia: Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Dia : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Dia : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa. Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Dia : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Dia : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. |hahaha|
Dia : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. |hahaha|

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!” Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. |Eh?|

ha....cam 2 la al-kisahnye....camne?? ok x?? haaa..?? x ok... ok ke x ok..terpulang la camne korang nk nilai.... jangan ada salah faham lak ea....=)

Pemberian Si Dia Buat Aku Terharu~~

Ari ni aku rase gatal je tangan nk taip, nk kongsi ngan korang tentang apa yang aku rase ni.... tadi, tetiba aku terfikir untuk mengumpul semua pemberian, hadiah, cenderahati yang En. Abg aku bg selama ktorang bersama ni...|ecececehhhh...nak menjiwang lak petang2 ni..|..hihihi...

Da setahun lebih ni, aku rase banyak gak la dia bagi kat aku... terharu sangat tauuu.... aku rase aku bagi apa je kat dia...huhuhu..nampak sangat kn...eh...eh....bukan aku x ingat kat da ok..... tp..xde duit weh nak beli macam2.... hihihi...

ni antara yg dia bagi kat aku la...kasut, minyak wangi, baju, tudung, beg, kerongsang, jam, cincin, rantai....aku rase ada lagi...tp puas aku fikir, aku x ingat da apa lagi...lagi 1, benda xde depan mata, aku x ingat.... tapi yang penting memang ada lagi.... nak tengok gambar x?? aku tunjuk ea...tapi x semua la.... sebahagian je yang aku ambik...






ak perincikan barang2 yang kat atas ni....

- mula2 sekali dia bagi aku minyak wangi SWEET HONESTY (AVON)...2 yg tudung botol warna pink 2... aku pun ada gak bagi kat dia... minyak wangi gak....masa ni kami saje2 je la bagi..xde pape sebab pun....

- pastu cincin perak tue...sepasang, sama bentuk cuma saiz je len2...aku satu, dia satu... ni konon2 untuk tanda masing2 je la..|poyo kan|..hihihi... 

- pastu dia bagi minyak wangi lagi... FANTASY dan MIDNIGHT FANTASY (B.SPEARS)...ni pun saje2 je dia bagi...bagi dua2 sekali..ada duit lebih katanya...ni memang minyak wangi kesukaan aku la ni....

- then, x lama 2, dia bagi tudung....tudung ni masa ktorang jumpa kat Giant Kuantan...aku memang nak beli tudung..tetiba dia lak yang bayar....rezeki...sape xnak kan...sambar jela...hihi...

- Baju CK 2 dia bg suprise...beli online....nak sangat dia tengok aku pakai baju dia beli... tapi dia tersilap beli lengan pendek...dia nak lengan panjang....tapi still boleh pakai la....

- masa bday aku dia bagi kasut hitam 2... kasut VERN'S..kasut 2 dia beli untuk aku pakai g sekolah...tapi sebab aku x posting lg, n xtau bila posting, dia suh aku pakai je g jalan2... tapi...sampai skg, aku x pakai2 lagi...sbb xtau nak pakai masa bila...terperap la kasut 2 dalam kotak, bawah katil....huhuhu..

-hujung bulan 3 ari 2, company tempat dia kerja 2 ada buat dinner kat Genting Highland...so..masa kat sana dia beli rantai leher, loket mangga dan kunci (lapisan pertama) dan permata sebutir (lapisan kedua)...halus sangat rantai 2...sayang nak pakai..takut putus...huhuhu...ni saje je sebagai cenderahati....hihi..

- x lama lepas bday aku, hari Anniversary ktorang lak...so, beli jam...2 yang dalam kotak merah 2...jam ni sepasang sebenarnye... jam LED....warna lampu LED aku warna merah |warna kesukaan aku ok...| n warna LED dia warna biru....nanti kat bawah aku tunjuk jam sepasang ni...suka betul aku dapat jam pelik2 camni...

- beg warna coklat 2 dia beli sbb ada duit lebih lagi katanya....so, dia suh pilih beg online n dia bayar....wahhh...seronok....so, pilih punya pilih..last2 aku pilih la yang ni...sbb beg ni pelik ckit..len dr yg len...|aku rase la..|

- then...ari khamis lepas dia g bercuti ngan kawan2 dia kat Tg Balai, Indon... ari semalam baru balik...so, dia belikan la kasut warna coklat 2 ngn kerongsang...baru je dapat td....beli sebagai cenderahati dr sana...cukup la kan dr xde langsung....mahal gak 2...kerongsang 2 ok la, aku leh pakai selalu...tp kasut 2 aku rase terperap jgak bawah katil..huhuhu..

ha...ni jam yang sepasang 2....dalam kotak hitam jam dia...dalam kotak merah jam aku...



so.....2 je la detail tentang barang2 kat atas 2...barang2 lain, aku nak kongsi pun aku x ingat apa lagi...nanti la, kalau ada..aku kongsi lagi ea..... barang2 tu semua sebagai tanda kenang-kenangan dr dia.... memang aku hargai sangat2..... korang jangan jelez ea... |ada ker??| hihihi...

ok la...sekian dulu.....bye..bye..jumpa lagi...=)

I'm Back

Assalamualaikum n hello semuaaaaaa..!!! =)

I'M BACK..!! setelah lama menyepi, aku kini kembali... lama da kot x menulis... |lama la sangat..| bukan xde apa nk ditulis...tapi... malas nak menaip...|ko 2 apa yg rajin| hahaha... ngadap FB aku rajin la... 

siyes aku cakap, mungkin aku agak bz baru2 ni...dengan mengajar lg... jadi suri rumah lagi...masa aku terbatas la ckit nak menaip ni sbb ambik masa kan.... setakat ngadap FB 2 bape saat jela sangat |yela, bape saat konon..bukan berjam2 je ko ngadap FB|....hahaha

apa yang aku buat masa aku xde?? aku juz pergi balik sekolah, rangka program motivasi untuk sekolah, kuar ngn kawan2 bila ada masa, bace novel, pergi anta n ambik adik sekolah, buat kerja2 rumah, basuh pinggan, basuh kain, men pondok2, men masak2.....tido, membuta dan sebagainye...|sebab 2 la badan ko makin besor..makin besor...dan besor....| hihihihi.....

tapi, walaupun aktiviti harian aku banyak n agak padat, aku still rase B.O.S.A.N..... xtau la nape.... rase cam x bez je...mybe sebab belum dapat kerja tetap..otak jadi banyak pk.... pk nk beli kete, rumah, jalan2, cuti2 malaysia, haaaa....yg penting.....nk KAWEN....oppppssss!!! |gatal ko nyah..!|...hihihihi....

|Ehh....da...da.....kalau ko menaip lagi kang, entah apa2 lak ko ngarut...sudah2 la 2....rentikan jela...| so, bila ati aku da cakap cam 2, bek aku rentikan menaip ni dulu....lagipun, xde apa pun aku nk tulis..memang saje nak mengarut2...hihihi....ok la, caw cin caw........ =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...