Saturday 29 October 2011

Takkan Pisah





Takkan Pisah - Eren


sayang aku ingin berbicara kepadamu, 
tentang apa yang tengah aku rasakan,
ada apa ada apa katakanlah semuanya,
ku kan dengarkan duhai cintaku..

bila nanti orang tuamu tak meredhoi,
 dengan apa yang kurasakan padamu,
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya,
begitu pun orang tua ku...

kau takkan tinggalkanku,
takkan pernah sayangku,
janjimu janjiku untukmu...

takkan ada yang pisahkan kita,
sekalipun kau telah tiada,
akan ku pastikan,
 ku kan memeluk menciummu di syurga..

jangan kau pergi tinggalkan aku,
bawa aku ke mana kau mahu,
janjiku padamu,
 jiwa dan ragaku,
 mati pun ku mahu...


p/s::: lagu ni merupakan lagu blog ini....kenapa lagu ni menjadi pilihan?? kerana lagu ni membawa aku ke satu rasa yang aku sendiri x dapat rungkaikan.... 
p/s::: lagu ni untuk "seseorang" yang rase di tujukan untuknya...

Friday 28 October 2011

Lihat Matamu~~


LIHAT MATAMU

Lihat matamu,
luputlah segalanya, 
deritaku yang dulu...

lihat matamu,
jelaskan segalanya,
pesonaku yang baru...

kau cahaya,
ufuk cinta,
jiwa raga....

renunganmu mengintai nurani,
membongkari rahasia diriku,
renunganmu mencipta misteri,
membangkitkan naluri rinduku...

sekali pandang ku kau tawan menjadi milikmu,
sekali pandang ku kau tawan ke hujung hariku...

Lihat matamu,
luputlah segalanya, 
deritaku yang dulu...

lihat matamu,
jelaskan segalanya,
pesonaku yang baru...

kau cahaya,
ufuk cinta,
jiwa raga....




p/s: lagu ni menjadi kegilaan kami di sekolah...huhu....tension2 kami (cikgu2) akan menyanyi beramai-ramai di "home base" sambil membuat gaya ala-ala 60-an...murid2 menjadi pemerhati dan penyokong yang paling setia...seronok...sedih la plak, da nak habis... tapi, ni tetap akan menjadi kenangan sepanjang hayat... ^.^

Thursday 27 October 2011

PERMATA HATIKU SYAZWAN AIMANN

S.Y.A.Z.W.A.N. A.I.M.A.N.N.  SYAZWAN IAMANN. atau nama manjanya IWAN...satu nama yang cantik.. sedap didengar dan disebut.. anak istimewa ini berumur 8 tahun... seorang Autisme... salah seorang anak muridku... walaupun, secara rasminya aku xla mengajar kelas anak ini... 

kisahnya bermula... pada minggu kedua aku mengajar anak2 istimewa ini, aku diminta me"releaf" kelas PK 3 iaitu kelas anak ini.... disebabkan aku tidak mempunyai aktiviti yang khusus utk kelas ini, aku membawa kesemua murid PK3 ke "home base".. dan di situ aku memberi setiap seorang kertas bergambar untuk diwarnakan.. setelah selesai, aku pun memerhati gelagat mereka sambil berborak dengan seorang PPM (pembantu pengurusan murid).. PPM ni diletakkan di setiap kelas untuk membantu guru...dan PPM jgak dipanggil "cikgu"!... 

sedang bersembang-sembang, aku melihat anak yang bernama Iwan ini tidak mewarna seperti anak2 yang lain....dia hanya duduk diam x bergerak mahupun bercakap... seolah-olah sedang berada di dalam dunianya sendiri...aku bertanya kepada PPM tentang Iwan...dan apa yang aku dapat tahu, Iwan seorang Autisme yang akan sentiasa berada di dalam dunianya sendiri dan dia jugak seorang yang mudah terasa hati jika tidak diberi perhatian... PPM yang bernama kak Siah itu menyuruh aku mencuba nasib untuk memujuk Iwan kerana menurut Kak Siah, Iwan xnak mendengar cakap sesiapa pun hari itu....mungkin mood dia x baik hari 2...

aku pun, menguatkan semangat dan cuba memujuknya... mulanya dia xnak dengar langsung apa yang aku cakap.. tapi setelah aku cuba dan aku cuba akhirnya dia memberi sedikit respon positif... dia mula menjawab apa yang aku tanya... dan aku terus memujuk supaya dia juga mewarna seperti yang lain.. akhirnya aku berjaya memujuk dia supaya mewarna seperti yang lain dengan syarat, aku turut mewarna bersama dia..! aku ikut kehendak iwan sehingga selesai mewarna...

dan bermula dari itulah, hanya aku yang mampu memujuk Iwan jika dia merajuk atau "buat hal"... guru2 lain pasti akan mencari aku bila Iwan "buat hal".. walaupun ketika itu, aku ada kelas, aku terpaksa meminta PPM menjaga kelas aku sementara aku memujuk Iwan... sehingga kini, Iwan hanya mahu mengikut cakap aku.. jika ada aktiviti di luar kelas, Iwan hanya akan duduk dengan aku... dan akan mengikut aku ke mana sahaja aku pergi..! jika ditanya cikgu apa yang dia sayang, pasti dia menyebut nama aku!

pernah 1 hari, aku pergi ke kedai dan terserempak dengan anak ini...dia berlari ke arah aku sambil menyebut "cikgu" dan terus memeluk aku... ramai mata yang memandang ke arah kami dan tersenyum....aku xtau nak kata apa....apa yang aku boleh buat hanyalah tersenyum...masa 2, aku rase nk nangis tetapi memandangkan aku dikhalayak ramai jadi, aku cuba tahan dr menangis...anak ini mengingati aku dan menunjukkan sayangnya pada aku... aku sangat terharu....

aku dan guru2 lain, semakin risau dengan keadaan ini, kerana tempoh perkhidmatan aku hampir tamat... kami xtau apa akan jadi bila aku dah x berkhidmat lagi... perkara inilah yang selalu kami bincangkan di bilik guru... aku jugak rungsing dengan keadaan ini.... menurut kata guru2 yang berpengalaman, anak2 istimewa ini, bila dia sudah "jatuh sayang" dengan kita, memang hanya kita yang menjadi sasarannya dan hanya kita yang mampu meredakan perasaan anak2 ini... sehingga kini, aku terus benggong mencari jalan penyelesaiannya sedangkan hari terakhir aku hampir tiba beberapa hari lagi... 

**Ohh TUHAN, bantulah aku dan kuatkanlah semangat aku..**

anak inilah yang bernama SYAZWAN AIMANN ^.^

RASA HATI ITU~~

satu ketika dulu aku gembira sekali bertemu dengannye.. dan kegembiraan itu x lama..  Apabila termusnah dengan perkhabaran tentang dia itu milik orang.. (dia tidak mengetahui tentang aku tahu status dia yang sebenar)..dengan penuh redha aku menerima...tapi begitu susah untuk aku melepaskannye... dan aku mengambil keputusan untuk terus seperti biasa...

ye! saat itu, aku tau ramai yang memandang serong dan bercakap dibelakang... aku cukup tahu semua itu..tapi..aku mengambil jalan untuk tidak mengendahkan semua itu.. kadang kala aku rase nak lari dari semua ini..tapi aku x punya kekuatan itu... dan  sehingga saat ini, aku xtau kenapa suatu ketika dulu aku berada dalam situasi yang mendesak itu... 

pada saat aku terperangkap dengan kemelut tersebut, aku hanya berserah pada TUHAN supaya DIA membuka aku satu jalan yang terbaik yang dapat melepaskan aku dari semua ini dan pada waktu yang sesuai... hanya pada DIA aku berserah dan aku tidak membuat apa2 keputusan pun..aku tekad untuk meneruskan hidup walaupun aku tau, aku berada di jalan yang salah... 

entah di mana aku dapat kekuatan, aku mampu bertahan di dalam semua masalah yang melanda... aku mampu bertahan menghadapi perangai seorang lelaki yang sebenarnye milik mutlak orang lain...dan semua yang aku hadapi ni adalah berseorangan...tanpa ada seorang pun yang tahu status sebenarnye... 

hari semakin laju ke hadapan, bertukar menjadi minggu, bulan dan tahun... aku tetap begini... dengan perasaan ini.... cuma apa yang berubah, sedikit demi sedikit, setelah dua tahun berlalu...aku telah berkongsi tentang cerita ini dengan beberapa teman yang aku amat percaya... dan apa yang aku dapat?? jawapannye adalah K.E.T.E.N.A.N.G.A.N.. atau lebih tepat lagi, otak aku mampu berfikir jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut ini... 

berpegang pada kekuatan yang masih bersisa, semangat yang dihulurkan dari teman yang aku percaya ini, maka...satu keputusan telah diambil... membongkar dan melepaskan diri serta memulakan hidup baru.... dalam hati hanya TUHAN sahaja yang tahu....betapa aku takut menghadapai pelbagai kemungkinan, takut berhadapan dengan permusuhan dan mcm2 lagi.... tapi bila difikir-fikirkan lagi, aku MESTI lakukan demi hidup aku di masa hadapan....

dengan sokongan dari seorang teman tercinta, kami menyusun strategi dan akhirnya segala-galanye terbongkar... di saat itu, hati aku sungguh kuat untuk melawan..mungkin aku sudah tekad untuk hidup bebas... di hari kejadian, aku sedikit pun x menyangka, segalanya berjalan dengan baik dan AMAN serat TENANG.. tanpa ada sengketa dan pergaduhan... mungkin dia juga sudah bersedia mengakhiri semua ini...ditambah dengan ketenangan yang aku tunjukkan... segalanya dapat diselesaikan dengan cara baik...dan kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan hidup masing-masing..dia dengan keluarganya dan aku dengan hidup aku yang masih jauh perjalanannya...

kadang2 kau termenung, kalaulah aku tahu semudah ini melepaskan diri, pasti sudah lama aku membuat keputusan ni....tapi...aku tahu... TUHAN sudah merancangkannya untuk aku, jalan yang terbaik, pada waktu dan masa yang sesuai dan dengan cara yang begini... aku tahu, ini yang terbaik untuk aku...ALHAMDULILLAH...

kini, aku bersyukur, aku sudah bebas menjalani kehidupan di hari2 mendatang...walaupun, kadang kala kenangan itu hadir bersama satu perasaan yang susah untuk diteka... sedih, gembira, sunyi dan mungkin rindu..ketika itu, aku hanya mampu melihat dia dari jauh... serta mendoakan yang terbaik untuk dia... perasaan ini aku simpan di tempat yang paling dalam supaya ia terus berkubur di situ tanpa sesiapa pun mengetahui rasa hati ini yang sebenarnya..

AKU PERCAYA PADA KETENTUAN DAN PEMBERIAN TUHAN DAN AKU PERCAYA PADA RANCANGANNYA YANG TERBAIK UNTUK MAKHLUKNYA. 


p/s: syaz, thanks sebab bg kita sokongan untuk buat keputusan dan bersama2 kita melepaskan diri ni...dan sejak syaz tahu, syaz selalu dengar cerita kita.. ^.^ 
p/s: untuk teman2 yang saya percaya...terima kasih kerana tolong support saye...


ni..saye nak bagi untuk "awak"...

Monday 24 October 2011

Merindui kalian~~

khas dicoretkan untuk geng2 Jengka | nani, usno, ili, apiz dan lan | gedik x aku?? hhihihihi | aku kebosanan yg teramat sgt ni.. | pastu teringat kt korang lak.. | 2 yg aku menggatal nk mengarut dlm ni.. | =)


weh, aku rindu kat korang la... | nani, aku selalu jumpa ko, ok la kot.... | tapi, 2 3 ai x jumpa rindu gak | mesti ada je aku terjenguk kat kedai ko | hihihi... | usno.... bila ko nk balik ha??? | ko da lupa jalan balik jengka ke?? | atau GPS ko xde location Jengka?? | kikikiki | ili...... ko ni gila kerja betul la... | bawak2 la bercuti weh.. | xkan ktorang nk kena booking ko baru ko nak cuti?? | ko n usno sama je, payah nk online FB... da lupa password agaknye..| tp ko, ili...lagi parah dr usno....lg susah nk online... | msj harap la kn...| hihihi | apiz....payah ckit la nk ckp pasal ko.. | sbb ko belajar lg kn.... | nk suruh ko balik sokmo pun, mesti ko marah aku lak nti.. | pas2, nk tunggu ko serabut2 tahap gila babas baru ko nk chat aku.. | huhuhu.. | lan......ermmmm.......aku x berani la nk cakap pasal ko... | nti 'bini' ko marah.. | takut aku.. | x pasal2 je aku kena nti.. | ('bini' lan, sy gurau2 je k..jgn marah..huhu) | hahahahah.. | pape pun, aku mmg rindu la nk hang out ngn korang... | xkan la time raye je kot, baru dapat jumpa semua... | 2 pun raya baru ni, aku x jumpa ili n lan.. | walaupun, aku da buat open house, korang berdua susah gak kn nk dtg...klu aku buat close house, lg la harapan nk jumpa korang.. | huhu.. | =p

weh...ili, nani n usno...| bila kita nk jalan2 cuci2 mata ke, cuci2 duit ke....cuci2 hati ke....| hihi.... last tahun lepas kn kita g cherating 2...| ni da nak masuk tahun 1 lagi da pun.. | xde paln lg ke... | aku n nani xde masalah pun, sbb ktorang memang da jadi penetap plg setia kat jengka ni... | ili pun penetap setia jengka gak, tp dia sedikit tersesat dr jalan asal.. | ahahhaha..| ko jgn marah aku ili... | korang nk tunggu plan Sabah gak ke baru nk jalan2 sama2??| lambat lagi la weh yg 2.. | tunggu ktorang posting dulu.. | =( | sedih kn....ktorang ni org x berduit | kena tunggu posting baru leh jenjalan.. | huhuhu... |



klu ngan korang bez la...| leh cerita mcm2...| gosip2...| cakap2 pasal org...| buat2 plan...| cakap pasal masa depan...| ada yg kena kutuk..| ada yg kena ceramah free..| kita kena kn orang....| kongsi2 masalah dan cerita masing2..| yg penting layan otak gila2 korang mmg bez...| walaupun org lain tgk kita ni biasa2 je, tapi org xtau otak gila kita...| dan setiap dr kita ada sikap tegas tersendiri | yg 2 aku suka ngan geng ni...| korang sangat2 bez..|


korang2 semua...cepat2 la balik.... bawak aku n nani jenjalan..| bosan weh terperap kt jengka ni.. | xde apa yg menarik kat cni.. | huhuhu | pape pun, aku mmg syg la kt korang semua terutama kt nani, usno n ili.... apiz n lan, xle syg lelebih, kena btg penyapu aku jap lagi.. | hihi..| korang mmg kawan terbaik.. | mmmmuuuwwwaaahh =) | hihihi...

p/s:: da malas nk ngarut...nti la aku tulis hal sorang2...gambar xde tau..len kali...

p/s:: love u all....hope dapat jumpa korang nti.. =)






Thursday 13 October 2011

Kasih Se0rang Nenek

ni aku nk cerita tentang kisah benar apa yg aku lihat setiap hari di sekolah | mmg benarlah org kata, kasih sayang si nenek terhadap seorang cucu seolah-olah melebihi kasih sayangnye terhadap anak-anaknye sendiri | dalam setiap keluarga, pasti akan mengalami situasi ini, apabila si nenek @ si atuk menyayangi seorang cucu melebihi cucu2nya yg lain | biasanye cucu yang sulung @ cucu yg rapat dan tinggal bersama dengan mereka yang paling disayangi | cuba lihat di sekeliling kita, betul x fenomena ni wujud?? |
ok, kisah aku ni.....mengisahkan tentang seorang nenek dan seorang cucu | di mana aku lihat fenomena ni setiap hari | setiap pagi, dalam jam 0720, apabila aku di dalam 
bilik guru, aku akan lihat 2 org  (cucu dan nenek) berpimpin tangan menuju ke kelas si cucu | aku kira si cucu (aku panggil si cucu la ye, sbb aku xtau plak nama dia..huhu) darjah 3 | selepas menghantar cucu ke kelas, si nenek (pun aku xtau nama dia) pun pulang ke rumah | apa yg aku tau, mereka ke sekolah berjalan kaki, kira2 5-7 minit perjalanan | apabila tiba waktu rehat, aku lihat si nenek ni da setia menunggu si cucu keluar kelas | dengan membawa bekal makanan dan minuman utk si cucu | si nenek pasti akan tiba awal 5 minit sebelum waktu rehat | waktu rehat kol 1020 | mereka rehat di hadapan bilik guru (ada sebuah kerusi kat ctu)| betul2 di hadapan aku | jadi, setiap hari klu xde kelas, aku mesti melihat kemesraan mereka |  selepas habis rehat, si nenek akan menghantar si cucu ke kelas semula dan pulang ke rumah | x lama kemudian, si nenek mesti akan muncul semula sekitar 1.10 tengahari | untuk menjemput si cucu pulang dari sekolah | 

setiap hari aku akan disajikan dengan "drama" yang sama | betapa setianya si nenek melayan dan menyayangi si cucu | dan saat2 aku menyaksikan "drama" ni, aku mesti rase betapa bertuahnye si cucu ni | ada si nenek yang sangat mengambil berat dan menyayangi dirinya |  dan aku sentiasa berdoa, supaya si cucu sentiasa menghormati dan tidak melupakan jasa si nenek yang sanggup berkorban utk dirinya | si nenek yang tidak lagi kuat dan tua sanggup mengorbankan dirinya dan berjalan jauh semata-mata untuk si cucu kesayangannye | tiada apa yang dapat membalas jasa si nenek ni | melainkan si cucu sentiasa mendoakan si nenek dan sentiasa menyayangi si nenek | kasih sayang si nenek walaupun x sama macam kasih sayang ibu dan ayah tetapi ia tetap utuh dan murni | 

selalu juga terlintas di benak aku | kalau la aku masih ada nenek, pasti aku akan di manjakan cam 2 jgak | hehehe | sbb aku cucu sulung nenek (sebelah mak) dan aku mmg sgt2 mnja dan rapat dengan arwah nenek sejak lahir lagi |tp xde la sampai datang sekolah k..hohoho | terimbau semula kenangan bersama arwah nenek yang sangat menyayangi diri aku | dan sanggup berkorban apa saja untuk aku | mengalahkan anaknye sendiri | walaupun dijentik, pasti arwah nenek aku akan marah kat org yg menjentik aku 2 walaupun yg menjentik aku 2 mak aku sendiri | hehehe | sampai tahap cam 2 sekali arwah nenek menjaga dan menyayangi aku | tapi, itu 6 tahun dulu.......| sekarang, aku terpaksa meneruskan hidup tanpa kasih sayang arwah nenek yang nyata | tp pape pun, aku tau, arwah nenek menyayangi aku sampai ke akhir hayat dia | aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia di sana | Al-fatihah~~

walaupun kasih sayang ibu dan ayah adalah kasih sayang yg sejati, tetapi kasih sayang datuk dan nenek jgak x kalah | mereka akan menyayangi cucu-cucunya seikhlas hati selagi hayat mereka masih ada | oleh itu, sayangilah kedua ibu bapa kita dan janganlah membezakan kasih sayang kita terhadap datuk dan nenek kita | kerana kasih sayang mereka inilah yang membawa kebahgiaan dan membuatkan hidup kita berjaya di masa hadapan | kasih sayang mereka inilah juga yang sentiasa diiringi oleh doa untuk kita siang dan malam |

SAYA SAYANG MAK, ABAH, NENEK DAN DATUK SAYA!! ^.^

Tuesday 11 October 2011

Family Group Carik Jodoh ^.^

ruangan yg sempit ni, nak khaskan utk anakanda Aishiteru Mizuno, Muhammad Azli, Zaidi Othman, maliqueecing meow, Awang trasher, Didi zakaria dan mereka2 yang ada dlm group CARIK JODOH..

Flashback::: mula2 masuk group ni (onyang yg bawak masuk), xtau apa2 pun..n rase xla bez sgt pun... tp...bila da lama2, buat kepala gila2 ckit..dapat la bonda (panggilan dlm group ni) geng2 yg senget lg x bape nk lurus ni.... sejak dr 2, mmg happy la layan kepala senget korang.. sampai la hari ni... mula2 dulu juz komen2 je..... pas2 mendapat gelaran...ni semua kerja anakanda Aishiteru ni... hehehe...lepas dapat gelaran, tertubuhlah family group ni...da lama2 kenal, tukar2 no fon lak...hihi...jumpa x penah... pelik tp benar!! x penah jumpa tp sangat akrab....! 

group ni nama je group carik jodoh...tp...x mcm group nk cari jodoh pun...lebih kepada menyetelkan masalah dan berkongsi2 cerita dan bersuka2 sebagai satu family.... "carik jodoh" 2 hanya sebagai nama je..... credit 2 onyang la coz dia yg tubuhkan group ni....

penah sekali, group kita dilanda masalah...tp kita tetap teguh mencari jalan penyelesaiannye.....dan kita berjaya..kita x penah sekali pun berpecah..mmg ikatan ukhuwah kita kuat la....ni la dikatakan jodoh dalam bersahabat.....mgkin group ni lebih sesuai utk cari jodoh bersahabat dari cari jodoh utk menjadi teman hidup....credit dan tahniah la kat korang semua sbb berjaya menghadapi cabaran ni.....

nak tau x korang, plg bez bila, antara kita ada masalah atau kesusahan....kita mesti akan kuarkan pendapat or pandangan masing2 kn....kita berusaha nk bawak org bermasalah ni ke jalan yg sepatutnya.... dan plg bonda rase bez sgt....kita mesti selit2kan nasihat yg berunsurkan agama.... bak kata slogan kita "BACK TO ALLAH"... !! MMG TERBAIK LA KORANG....

sampai satu tahap, bonda lak ada masalah, korang still ada dan berusaha nk tolong n ada bersama bonda...time 2, mmg bonda rase terharu sgt la...dan bonda rase ni la kawan yg betul2 sejati....korang sanggup ni, msj bonda, layan chat, komen sampai kol 2 3 pagi..semata2 kerana nk bersama bonda dan menyetelkan masalah.... walaupun masa 2 korang ada masalah korang sendiri, korang penat dan mcm2 la.... ha...1 lg..korang gak jujur dlm beri pendapat..if korang rase bonda yg salah, korang hentam je...tp secara berhemah la...kat ctu, bonda leh tau la, logik alam dan hakikat hidup, kita kena hadapi kenyataan if kita salah or betul....bonda sayang korang la...!! 

utk anakanda Aishiteru dan didi... korang penasihat keagamaan ckit..tp bonda suka...bcoz, 2 adalah hakikat yg bonda dan kita yg Islam ni kena hadapi...bila korang selalu bg nasihat "keislaman" ckit, bonda lebih berfikiran positif dan try 2 kembali ke jalan yg sepatutnya...yela, bonda ni bukan la budak baik pun..but dgn adanye korang, bonda try 2 jadi baik la...atau lebih baik..... 

utk azli, dan lain2..korang mmg pembakar semangat dan penceria hidup bonda yg paling baik...ada korang ni, mmg happy sokmo la.....ada2 je halnye yg korang buat.... if tgh sedih2 pun, sempat lg korang melencong ke arah funny2 ckit.... last2 sepatutnya sedih bertukar jd x sedih lak.....tp..mmg terbaik la cara korang punya terapi minda....hihihi...

utk awang..... ko la yg suka bg lagu2 yg sesuai dgn keadaan...if keadaan 2 sedih, ko pun post la lagu sedih..if keadaan suka, ko pun post la lagu happy2...ko ni ibarat pemuzik la...hihihi.....ko mmg bg ktorang enjoy la ngn lagu2 ko 2....=)

utk zaidi...selaku org berpengalaman...... selalu bg nasihat yg matang dan bernas.... mmg nasihat dia leh pakai la.... bonda da try......mmg berjaya dan mantap la....hihi..thanks tau...

utk rakan2 group yg lain, if bonda x mentionkan nama korang, korang mmg terbaik dan peneman yg setia....korang the bez....=)

utk onyang maliq...weh! bila nk buat event ni...bertanduk++berjanggut da aku tunggu ni weh....topup2 la memori kita weh....aku nk bg memory aku full ngn group carik jodoh ni...asyik nk duduk bertopengkan fb je...bawak2 la jumpa..... 

sejak2 ada korang ni..hidup bonda lg ceria, positif dan matang.....hihihi..... bonda mmg sayang korang ketat2, dalam2 sedalam hati.....korang mmg bez....

LOVE U ALL......ingat lagu bonda utk korang "cry on my shoulder"......



GROUP CARIK JODOH TERBAIK!!!

Sunday 2 October 2011

Saat Bertemu Bakal Ibu Mertua Kali Pertama

Saat bertemu bakal ibu mertua pasti mendebarkan setiap orang. aku pun cam 2.. rase gementar, segan, malu, dan mcm2 lagi perasaan negatif.. sebenarnye, saat ni da banyak kali tertangguh...ada je halangannye... tapi ari ni, terlaksana juga hajat bertemu bakal mak mertua..

kisahnye camni... pagi2 lagi dalam kol 1030, kami (aku dan incik abg) keluar "berdating".. semasa keluar, aku rase nk makan rambutan ( memandangkan dia bawak 2 bijik je rambutan masa keluar...kedekut kn!! huhuhu..).. setelah meminta2 dan merenget2, akhirnya dia mintak aku mengambil rambutan sendiri kat umah dia... berfikir dan berfikir, akhirnya kau bersetuju, utk ke rumahnye setelah kami pulang dari berdating.. aku bersetuju bukan hanya kerana rambutan tau, tapi aku turut berfikir, utk berjumpa mak incik abgku ini, memandangkan da berapa kali hasrat utk kami bertemu 2 tertanggguh....

saat perjalanan ke rumahnye, ati aku rase kecut dan berdebar2... tapi, aku sangat bernasib baik dan lega kerana pakaianku keluar dating ni agak sopan (maklumlah x jangka pun nk jumpa bakal mak mertua)...sedang aku berperang dengan perasaan, tibalah aku ke rumahnye.. dengan sopan dan tertibnya (tetiba tercover plak..huhu) aku pun melangkah keluar dr kereta... saat aku masuk ke halaman, mak incik abg aku, menuju ke arah aku dengan tersenyum lebarnye..dan kami bersalaman... saat 2, rase berdebar2 aku semakin berkurangan dan aku sangat senang ati... Alhamdulillah, kedatanagn aku disambut dengan baik dan ramah... =) bakal mak mertua ku, terus membawa aku ke belakang rumah, utk mengait rambutan...di belakang rumah, kelihatan incik abg bersungguh-sungguh mengait rambutan utk aku... dan dalam masa yg sama, terdengar suara2 bakal mak mertua ku mengarah incik abg ku, mengait rambutan yg dikehedaki.. rase terharu plak bila dilayan dengan begitu baik.. rase berdebarku terus hilang..dan aku rase gembira..^.^

setelah asyik mengait rambutan dan cukup utk dibawa balik, kami bersama2 membuang semut yang terdapat pada buah rambuatn 2,dan diletakkan di dalam plastik....setelah siap semua, aku pun, bersalaman dengan bakal mertuaku dan pulang ke rumah.. bagi aku, pertemuan kali pertama sangat bermakna walaupun, sangat singkat dan tidak ada peristiwa2 yang menarik... tapi, di situlah bermulanye penilaian antara kami... aku sangat senang hati dengan layanan dan penerimaan bakal mak mertuaku padaku.. dan aku sangat berharap, penilaian yang baik ini berterusan dan tidak terganggu dengan sesuatu yang tidak elok... dan aku juga berharap, hubungan yang baru terjalin ini dapat berterusan dengan baik...

* utk bakal mak mertuaku, maaflah, klu x bayak cakap td, xtau nak sembang apa...kali pertama bertemu tanpa dijangka...lidah kelu utk berkata-kata..(eceh2)...huhu...Terima kasih makcik, rambutan td...=)

* utk incik abg, sorry la klu x berapa nk sopan atau ada apa2 yg x kena td....huhu....terima kasih, tolong kait rambutan, sampai comot2 baju dia...hehehe




 

SEMOGA BERTEMU LAGI DAN TERIMA KASIH... ^.^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...