Thursday 29 September 2011

MaSalah DalaM keDamaiaN

Kita hidup ni sentiasa mahukan kedamaian, keamanan dan x sukakan sesuatu yang "menyakitkan"...tapi, itu hanyalah angan2 yang kita boleh bayangkan..sbb hakikatnye, kita xkan terlepas dari masalah.. cuma dalam hidup ni, kita hanya boleh buat, menyelesaikan masalah dan tidak cuba menimbulkan masalah.... aku cukup pelik dengan manusia yang suka mencari masalah~menyusahkan hidup org lain~dan x penah puas nak mengucar-kacir kan hidup org lain... aku xtau jenis manusia apakah yg macam ni...

kita ni hidup kena la sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada... jangan la selalu nk kn sesuatu yang lebih baik andai diri xla setanding apa yg kita mahukan itu... bila kita x bersyukur dan sentiasa mahukan sesuatu benda di luar kemampuan kita, itu akan menimbulkan MASALAH kepada diri sendiri dan jgak ORG LAIN... tidak mengapa, andai masalah itu hanya melibatkan diri sendiri sahaja tapi... akan menjadi sesuatu masalah yg lebih parah andai masalah itu melibatkan org lain... itu merupakan ketidakadilan!!

dalam hidup ni, kita da dianugerahkan satu tahap standard diri kita supaya kita faham dan tau erti SEDAR DIRI...mmg kita diberi kemampuan utk move forward, utk maju dan mencapai kejayaan... tp....kemampuan itu, sebenarnye adalah utk kita mengetahui sejauh mana diri kita boleh pergi.... bukan utk mengubah standard hidup kita...



if kita da ada dan da dapat sesuatu yang baik dalam hidup kita, x payah la kita nk lebih demand utk sesuatu yg lebih baik... hakikatnye kita kena sedar diri kita ni siapa dan di tahap mana kita berada.... layakkah kita utk menggapai apa yg kita hajati...xyah la nk angankan bintang di langit, jika puncak KLCC pun kita x mampu nk gapai.. hargailah apa yang ada disekeliling kita...jangan sampai nanti apa yang kita hajatkan x dapat tapi yang kita ada terlepas...masa itu, sesal kemudian xde guna pn...

saye memang benci pada org yang suka buat masalah dan melibatkan diri saye...dan saye sangat2 benci pada org yg suka MENYUSAHKAN HIDUP sy....sampai sy da mengeluarkan perkataan "MENYUSAHKAN HIDUP SAYA"..mmg x lama la org 2 ngn saye... saye x perlukan org2 macam ni ada disekeliling saye.... sbb org2 macam ni xde kepentingan pun kat saye...so, sape yg rase2 ada ciri2 camni, TOLONGLAH PERGI DARI HIDUP SAYA SEBELUM SAYA YG PERGI DARI HIDUP KAMU!!. jangan la nk bat semak kat hidup saye ni.....saye berharap sangat... saye benci keadaan sekarang !!


  

Tuesday 27 September 2011

Petua Mencuci Hati

Assalamualaikum...


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati | Oleh itu, hati hendaklah sentiasa di "cuci" supaya sentiasa bersih dan terhindar daripada perkara2 yg negatif | kita haruslah mengetahui bagaimanakah caranye untuk mencuci hati ini | berikut adalah petua2 secara ringkas::

  1.  Dirikanlah solatmu | percepatkan solatmu seoalah2 maut hampir datang menjemput | dan sentiasalah berdoa | ini adalah salah satu kaedah yg sungguh berkesan | semasa berdoa, turut katakan "Ya ALLAH jadikanlah hatiku bersih" |
  2. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W | paling minimma 100x sebelum tido | ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah | di samping dosa2 diampunkan, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. |
  3. Solat taubat | selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda |
  4. membaca Al-Quran. | Membaca Al-Quran juga dapat menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi | setiap hari sekurang-kurangnye bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x. |
  5. bermaaf-maafan sesama kawan2 setiap hari |
  6. bisikan pada diri perkara yang positif. | jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.| katakanlah "aku sebenarnye ....... (perkara yang elok2)" |
  7. program minda / cuci minda. | paling baik pada waktu malam sebelum tido, senyum, pejam mata, katakanlah di dalam hati "Ya ALLAH, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nk jadi lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif." | menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tido dapat dirakamkan sepanjang tido sehingga keesokkan harinye.|
  8. berpuasasekiranye dalam berpuasa, kita terhindar daripada melakukan perkara2 kejahatan.|
  9. cuba ingat tentang mati. | sekiranya hendak melakukan kejahatan, kita tidak akan sampai hati melakukan perkara tersebut kerana bimbang akan mati pada bila2 masa sahaja.|
  10. kekalkan berwudhuk
  11. bersedekah
  12. belanja orang makan.


marilah kita bersama2 mencuci hati kita semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. bersama2 lah kita beramal dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan ini. berjayalah di dunia dan di akhirat ! ^.^

diubahsuai drpd kata2 motivasi: Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah.

DOa Di Sebalik Sebuah Nama

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai nama yang tersendiri | Nama ini di isi setelah melalui proses perbincangan dan persetujuan kedua ibu dan ayah si bayi | Begitu juga dengan aku | nama aku diberi oleh arwah nenek | tetapi di atas persetujuan mak dan abah | Nenek yg beri nama aku sbb aku adalah cucu sulung nenek | jadi, semua perkara mestilah melalui pengawasan dan persetujuan si nenek jugak | 

seorang bayi yang beragama Islam, nama diberi pada hari ke-7 | nama yang diberi ini akan memberi kesan dalam membangunkan jiwa tauhid si bayi ini pada masa akan datang | Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan supaya anak2 diberikan nama yang baik2 setelah dilahirkan
| Jika bayi lelaki, nama yang terbaik menggambarkan nama hamba kepada ALLAH S.W.T | seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim @ Abdul yang disandarkan kepada nama2 Tuhan | Selain itu, nama2 terpuji seperti Muhammad, Ahmad, Mahmud, Hamid @ apa sahaja | dan nama2 ini tidak salah sekiranya ditambah akhiran dengan nama Amjad, Majdi, Syauqi @ apa sahaja nama yang membawa makna yang baik. 

Anak perempuan pula seelok-eloknye diberikan nama seperti Maryam, Khadijah, Aisyah @ nama2 anak dan isteri2 nabi atau nama2 mereka yang telah berjasa kepada Islam | Nama2 yang baik perlu dipilih dan diberi kepada anak2 kerana nama itu sendiri melambangkan siapa pemiliknye | kerana nama itu adalah doa kepada tuan punya badan | 

Jika dilihat pada zaman sekarang, nama2 yang diberikan kepada anak2 adalah berbelit2 dan tidak tahu apa maknanye | Jadi, tidak hairanlah sekiranya anak2 itu tidak mampu untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang sebenar-benarnye | kerana nama yang diberi mempunyai makna yang kabur @ tidak mempunyai makna langsung | oleh itu, tiada nama yang akan mendoakan si pemiliknye itu | nama yang diberi oleh masyarakat kini banyak dipengaruhi oleh barat | contohnye mereka lebih menyukai nama Jefry berbanding Jaafar | lebih menyukai nama Mary berbanding Maryam | nama Rocky berbanding Ruqayyah | Ketty berbanding Khadijah | dan lain2 lagi nama yang berunsurkan barat | Adakah nama ini mempunyai maksud yang baik?? | apakah doa yang mereka akan peroleh daripada nama2 asing ini?? |

oleh itu, renung2 kan lah wahai Ibu bapa @ bakal ibu dan bapa di luar sana | Adakah nama anak @ bakal anak kalian adalah yang terbaik dan mampu mendoakan dan menggambarkan siapa anak2 kalian kelak | 

"ISLAM ITU INDAH"

Monday 26 September 2011

Fen0mena SekOlah Masa Kini (part 1)

Ari ni ari isnin ~ 4 sure la ada perhimpunan kt sekolah kn ~ so, aku yg skg ni jadi guru ganti pun, kena la hadir jgak assembly 2 ~ ari ni kali kedua aku join ~ fenomena yg aku perhatikan berlaku semasa assembly bnyk ~ tp aku juz nk ckp kt cni tentang guru bercakap2 @ buat bising lebih dr anak murid ~ aku yg berada kat situasi 2 rase bingit sgt ~

guru bertugas terjerit2 la bagi arahan suruh murid2 diam ~ tapi bagaimana plak dgn guru2 di belakang yg buat bising, bersembang2 sesama sendiri?? ~ adakah ini salah 1 teladan yg baik yg ingin di tunjukkan kpd murid?? ~ situasi ini x lebih seperti "mak ketam yg mengajar anak ketam berjalan lurus tapai mak ketam sendiri jalan senget" ~ keadaan ini membuatkan aku termenung dan berfikir ~ memang patutlah sekiranye anak murid x mengikut kata guru mereka ~ mmg patut jgak la sekiranye ank murid x menjadi org yg baik ~ jika ini lah teladan dan tingkah laku yg ditunjukkan seorang guru ~ fenomena ni bukanlah fenomena pertama yg aku tgk ~ rata2nye guru di mana2 sekolah sekali pun (tp x semua guru berperangai camni, cuma segelintir) ada melakukan perkara ni ~

pelik ! adakah terlampau banyak cerita yg ingin dikongsikan sehingga x sempat nk tunggu perhimpunan hbs?? ~ banyak sangatkah gosip2 hot yg ingin dicanang sehingga di perhimpunan pun nk bersembang?? ~ x jumpa lagikah mereka2 ini selepas perhimpunan?? ~ ini lah salah satunye sikap seorang perempuan (sebab aku tgk cikgu lelaki xde lak bersembang sakan mcm cikgu perempuan!) ~ terlalu ringan mulut mereka untuk bercerita ~ terlalu banyak "analisis" tentang kehidupan org lain yg nk digembar-gemburkan ~ suara yg x sabar2 nk keluar x mengira tempat dan masa ~

aku akui, aku jugak seorang perempuan ~ xle lari jgak dr melakukan perkara yg sama ~ tetapi sekurang-kurangnye aku masih mampu berfikir selogiknye akal ~ mampu lagi utk menghormati org lain dan majlis ~ jika kita semua ada kesedaran ni, perkara2 ni xkan jdi ~ atau sekurang2 nye kita hormatilah kawan2 kita yg berucap kat depan ~ yg bersusah payah mengawal beratus2 anak murid di hadapannye ~ tetapi guru2 ini?? ~ apa yg guru2 ini tunjukkan kepada anak2 kecil ini?? ~ apakah guru2 ini sedang menolong kawannye di atas pentas itu?? ~

fikir2kanlah wahai manusia @ perempuan @ manusia @ sesiapa sahaja !! ~ didikan x hanya di papan hitan @ papan putih ~ tidak hanya berlandaskan silibus mata pelajaran semata2 ~ tetapi didikan juga diajar melalui tingkah laku, perbuatan sama ada secara langsung atau tidak ~ jadi, guru2 ini, didiklah anak2 bangsa kamu seikhlas dan sesungguh yang mungkin ~ jadikanlah mereka "manusia yg sebenar2nye manusia" ~ amanah dan tanggungjawab di bahu kamu !
~

Sunday 25 September 2011

MENCARI KEKUATAN SI ISTIMEWA

esok adalah Isnin | maka bermulalah tugas aku sebagai guru ganti | bila difikirkan terasa sangat la malasnye | duduk kat rumah lagi syok | tapi bila fikirkan semula tentang tanggungjawab | reda la ckit rase hati | walaupun x bape nk reda pun |

Isnin oh isnin | malasnye la | esok xtau nk ajar apa kelas Kemahiran Manipulatif PK4 | budak2 kelas ni terdiri drpd sindrom down, autist dan hyperactive | umur dlm lingkungan 7 dan 8 tahun | eh!! jap2 !! | lupa lak, aku ni cikgu ganti pendidikan khas kat SK Bandar Pusat 1 | huhuhu |

sekali aku pk, aku mcm fedup je nk ajar depa ni | depa ni yg mana masalah, mmg susah nk ajar | tapi, aku xle nk salahkan depa | da itu yg diberi TUHAN utk depa | tapi 2 la...| hermmmm... | utk PK4 ni, da seminggu aku dok ajar meramas pelbagai jenis objek | dan aku suruh depa bezakan mana objek keras dan lembut |  tapi depa masih xle nk beza kan |depa xtau pun, keras 2 mcm mana dan lembut 2 mcm mana | betapa tahap kesabaran aku teruji | kadang2 rase nk nangis pun ada | hohoho | jadi, esok, aku terpaksa menyambung tugasan dan tanggungjawab aku mengajar depa mengenal erti keras dan lembut | nampak mudah kn?? | tapi sangat mencabar | kerana depa kanak2 istimewa |

kalau nk diikutkan rase hati aku yg jujur | sejujurnya aku sayangkan depa | walaupun baru 2 minggu aku dgn depa | tapi aku rase depa ni sangat2 istimewa | depa ni da mengajar aku erti kesabaran yg tinggi | dan erti menghargai apa yg aku ada sekarang | dan secara jujurnya aku selalu merindui gelagat depa semua |

aku x pernah terfikir aku akan bersama2 golongan seperti ini | dan aku x pernah terfikir aku mampu berhadapan dengan golongan ini | tapi sekarang ternyata aku mampu | ini menunjukkan TUHAN tahu tahap kemampuan aku melebihi apa yg aku sendiri tau tentang diri aku |

bila aku teringatkan gelagat anak2 didik @ anak2 buah (memandangkan aku guru kelas PK4) | aku jadi semangat | x sabar nk layan keletah dan gelagat Danish, Fara, Taqiah, Hazim, Riduan, Wani dan Jihah | mereka sangat comel dan aktif |

jadi, aku perlu sediakan diri aku untuk menghadapi hari esok | kuatkan semangat dan hindarkan rase negatif | mampukah?? | akan terjawab pada hari esok | esok adalah isnin | dan isnin adalah untuk memulakan sesuatu yang baru | yeeeayyhh!!  semangat2 | ^.^

CERITA DARI SAYANGKU ^.^

RUMPUT DAN KASIH SAYANG

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kamu terima pada hari ini, kerana jika kamu meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kamu memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

p/s:: thanks 2 my sayang, kerana dengan cerita ini, ia mampu menguatkan lagi perasaan ini utk terus percayakan kamu. hope ini bukan hanya 1 cerita larut malam tetapi hope ini menggambarkan hati kamu yang sebenar. ^.^ 

Sumber: ILuvIslam.com

C.I.N.T.A vs N.A.F.S.U


       


                      VS




1. Cinta itu membahagiakan VS Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 
2. Cinta buat kita ketawa VS Nafsu buat kita Kecewa

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).


3. Cinta selalu ingin memberi VS Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi VS Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.
Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.
5. Cinta yang terbaik VS Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
"Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga.."

Sumber dipetik dan diubahsuai : AkuIslam.com
Sumber asal : Annisa Mutiara Hati 

Rompakan Di Mesin ATM

kat cni aku juz nak shared camne caranye jika korang berhadapan dengan situasi dirompak semasa di mesin ATM. masa 2 mesti korang panik kn. tapi xpe, kat cni, ada tips ckit camne nk bagi korang selamat. tgk la 4 step ni ye::


  1. korang  boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin korang di mesin ATM cara terbalik.
  2. Sebagai contoh jika no Pin korang adalah 123456, jadi korang harus memasukkan nombor 654321
  3. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad korang yang korang masukkan ke dalam mesin tersebut.
  4. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada korang.


perkara ni dulu pernah la disiarkan kat Tv. tapi kaedah ni memang jarang2 digunakan. orang pun xtau sistem cam ni wujud.

jadi sekarang, korang da x perlu risau k, kalau2 korang menghadapi situasi camni. korang kuarkan je duit 2.. nanti bantuan akan datang. daripada korang nak melawan dan menggadaikan nyawa korang 2.

MOGA BERJAYA ! ^.^



kesaBAran Yang terHad

hari ni adalah hari cuti /  disebabkan cuti,aku mengambil kesempatan g CC Terumbu Karang utk mengisi borang MARA / kat rumah internet slow, jd lambat la prosesnye, 2 sbb g CC / sampai d CC aku pun mengambil tempat kat PC 8 / dgn komfidennye aku bukak laman web MARA / bukak borang permohonan / n isi la apa yg dikehendaki / tetiba... tgh2 isi 2, page loading, n save.. / pas2 terus keluar / maka terkeluar la paparan "Terima Kasih kerana mengemas kini maklumat anda. anda masih mempunyai 2 kali peluang utk mengemas kini maklumat anda / pergh !! rase mcm bengang je...bila masa lak aku save benda alah ni... / x pasal2 aku kena bukak balik dan peluang aku da habis 1. / hati da mula cm nk mendidih. / xpe2,,sabar lagi../ aku pun terus la mengisi borang dengan kusyuknye..../

lebih kurang 10 minit lepas 2, kedengaran la bunyi2 bising dan riuh di luar CC / ok, xpe...aku teruskan kerja aku tanpa menoleh ke belakang (sbb aku duduk membelakangkn pintu masuk) / bunyi bising semakin rancak dan kuat / rupanye2 adalah 3, 4 org budak sekolah (lebih kurang tingkatan 4) / aku tau dia budak sekolah pun sbb dgr dorang bercerita / masing2 duduk disebelah aku sorang, belakang aku sorang, dan depan aku sorang / ok, xpe lagi /  aku sabar lagi / tapi tahap kebisingan dorang da makin melampau / kalau bercakap nk 1 CC 2 dengar suara dorang / padahal masing2 duduk dekat je KOT / pas2 bukak you tube / dengar lagu kuat2 / bukak video, tgk video kuat2 / senang cerita, dorang ni buat CC ni mcm umah mak bapak dorang la / atau pun CC ni bapak dorang yg punya ! / betul2 xde kesedaran sivik dan hormatkan org lain / hati aku da mula mendidih tahap 180 / rse nk sound pun ada / tapi aku pendamkan je sbb malas nak layan budak yg x berapa ada otak (atau lebih lembut bahasanye, x matang) mcm ni / bab kata org, klu kita melayan perangai org bodoh, dengan kita2 sekali akan jd bodoh / keadaan ni berlanjutan selama sejam / dan kesabaran aku teruji selama sejam / hohohoho / penyabarnye aku, leh tahan sabar selama sejam / lepas budak2 x matang ni keluar, aku rase sangat2 tenang seolah2 mendapat terapi lavendar (bayangkan betapa teruknye mereka membuat bingit di tempat awam) /

aku pun teruskan lagi kerja aku / da siap, aku pun sign in facebook / setelah melihat2, mengintai2 dan membelek2 fb / aku sing out / dan pulang ke rumah / apa yang terjadi di CC td membuatkan aku berfikir / apakah yg ada di dalam kepala otak mereka / sampai tidak tahu rase hormat kepda orang lain / apa yang mereka belajar di sekolah / sampai mereka xtau peraturan hidup bermasyarakat / apa yang ibubapa mereka ajar dan didik / sehingga perkara sebegini pun mereka x ambik kesah / sekali terlintas di fikiran / betapa semakin rosaknye budak2 zaman sekarang / da xtau malu dan x pandai adab menghormati orang lain / kesian melihat mereka2 yg x matang dan berfikiran "kekampungan" / yg seolah2 x penah menikmati hidup yg lebih baik / herm.....anak2 harapan bangsa / apa la nk jadi... /

ops ! mcm panjang je aku tulis / padahal xde pape pun . melalut je banyak / hohoho / ok la, aku stop dulu la / sebelum 2, harap xde yg terasa hati atau terlalu sensitif dgn isu ini / kerana ini hanya lah apa yg berlaku di depan mata aku / dan apa yg aku fikirkan / ^.^

Saturday 24 September 2011

4 the 1st~~


Salam~~

Post ni adalah yg 1st aku tulis. juz 2 say HAI. mula2 la aku nk cakap, blog ni aku create (sebenarnye bukan aku, tapi kawan aku yg create, mntk tolong dia, di samping mengisi masa lapang dia..hehehe. THANKS SYAZ!), juz utk cerita dan contengan kosong. Aku juz akan tulis apa yg aku fikirkan, pandangan aku, atau apa2 yg berkaitan dgn life.

b4 ni aku mmg da ada blog, tp aku da delete. memandangkan waktu sekarang da berubah, jadi blog 2 da x suitable kata org omputih. so, wujud la blog yg comel ni. 

utk sape2 yg ada bace (ada ke??) if ada yg salah faham atau terasa ati (sensitif betul) atau apa2 je la, aku mtk maaf la awal2. apa yg aku tulis, juz lahir dr ati aku. so, ikut suka hati aku la nk tulis pape pun kn. (hahaha). 

btw, thanks 2 SYAZ, thanks 2 all, thanks la utk sesape saje... harap blog ni xkan terbiar nanti. akhir ata, bubai ! ^.^

P.E.A.C.E ! from MIZSTSE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...