satu ketika dulu aku gembira sekali bertemu dengannye.. dan kegembiraan itu x lama.. Apabila termusnah dengan perkhabaran tentang dia itu milik orang.. (dia tidak mengetahui tentang aku tahu status dia yang sebenar)..dengan penuh redha aku menerima...tapi begitu susah untuk aku melepaskannye... dan aku mengambil keputusan untuk terus seperti biasa...
ye! saat itu, aku tau ramai yang memandang serong dan bercakap dibelakang... aku cukup tahu semua itu..tapi..aku mengambil jalan untuk tidak mengendahkan semua itu.. kadang kala aku rase nak lari dari semua ini..tapi aku x punya kekuatan itu... dan sehingga saat ini, aku xtau kenapa suatu ketika dulu aku berada dalam situasi yang mendesak itu...
pada saat aku terperangkap dengan kemelut tersebut, aku hanya berserah pada TUHAN supaya DIA membuka aku satu jalan yang terbaik yang dapat melepaskan aku dari semua ini dan pada waktu yang sesuai... hanya pada DIA aku berserah dan aku tidak membuat apa2 keputusan pun..aku tekad untuk meneruskan hidup walaupun aku tau, aku berada di jalan yang salah...
entah di mana aku dapat kekuatan, aku mampu bertahan di dalam semua masalah yang melanda... aku mampu bertahan menghadapi perangai seorang lelaki yang sebenarnye milik mutlak orang lain...dan semua yang aku hadapi ni adalah berseorangan...tanpa ada seorang pun yang tahu status sebenarnye...
hari semakin laju ke hadapan, bertukar menjadi minggu, bulan dan tahun... aku tetap begini... dengan perasaan ini.... cuma apa yang berubah, sedikit demi sedikit, setelah dua tahun berlalu...aku telah berkongsi tentang cerita ini dengan beberapa teman yang aku amat percaya... dan apa yang aku dapat?? jawapannye adalah K.E.T.E.N.A.N.G.A.N.. atau lebih tepat lagi, otak aku mampu berfikir jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut ini...
berpegang pada kekuatan yang masih bersisa, semangat yang dihulurkan dari teman yang aku percaya ini, maka...satu keputusan telah diambil... membongkar dan melepaskan diri serta memulakan hidup baru.... dalam hati hanya TUHAN sahaja yang tahu....betapa aku takut menghadapai pelbagai kemungkinan, takut berhadapan dengan permusuhan dan mcm2 lagi.... tapi bila difikir-fikirkan lagi, aku MESTI lakukan demi hidup aku di masa hadapan....
dengan sokongan dari seorang teman tercinta, kami menyusun strategi dan akhirnya segala-galanye terbongkar... di saat itu, hati aku sungguh kuat untuk melawan..mungkin aku sudah tekad untuk hidup bebas... di hari kejadian, aku sedikit pun x menyangka, segalanya berjalan dengan baik dan AMAN serat TENANG.. tanpa ada sengketa dan pergaduhan... mungkin dia juga sudah bersedia mengakhiri semua ini...ditambah dengan ketenangan yang aku tunjukkan... segalanya dapat diselesaikan dengan cara baik...dan kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan hidup masing-masing..dia dengan keluarganya dan aku dengan hidup aku yang masih jauh perjalanannya...
kadang2 kau termenung, kalaulah aku tahu semudah ini melepaskan diri, pasti sudah lama aku membuat keputusan ni....tapi...aku tahu... TUHAN sudah merancangkannya untuk aku, jalan yang terbaik, pada waktu dan masa yang sesuai dan dengan cara yang begini... aku tahu, ini yang terbaik untuk aku...ALHAMDULILLAH...
kini, aku bersyukur, aku sudah bebas menjalani kehidupan di hari2 mendatang...walaupun, kadang kala kenangan itu hadir bersama satu perasaan yang susah untuk diteka... sedih, gembira, sunyi dan mungkin rindu..ketika itu, aku hanya mampu melihat dia dari jauh... serta mendoakan yang terbaik untuk dia... perasaan ini aku simpan di tempat yang paling dalam supaya ia terus berkubur di situ tanpa sesiapa pun mengetahui rasa hati ini yang sebenarnya..
AKU PERCAYA PADA KETENTUAN DAN PEMBERIAN TUHAN DAN AKU PERCAYA PADA RANCANGANNYA YANG TERBAIK UNTUK MAKHLUKNYA.
p/s: syaz, thanks sebab bg kita sokongan untuk buat keputusan dan bersama2 kita melepaskan diri ni...dan sejak syaz tahu, syaz selalu dengar cerita kita.. ^.^
p/s: untuk teman2 yang saya percaya...terima kasih kerana tolong support saye...
|
ni..saye nak bagi untuk "awak"... |