Thursday, 27 October 2011

PERMATA HATIKU SYAZWAN AIMANN

S.Y.A.Z.W.A.N. A.I.M.A.N.N.  SYAZWAN IAMANN. atau nama manjanya IWAN...satu nama yang cantik.. sedap didengar dan disebut.. anak istimewa ini berumur 8 tahun... seorang Autisme... salah seorang anak muridku... walaupun, secara rasminya aku xla mengajar kelas anak ini... 

kisahnya bermula... pada minggu kedua aku mengajar anak2 istimewa ini, aku diminta me"releaf" kelas PK 3 iaitu kelas anak ini.... disebabkan aku tidak mempunyai aktiviti yang khusus utk kelas ini, aku membawa kesemua murid PK3 ke "home base".. dan di situ aku memberi setiap seorang kertas bergambar untuk diwarnakan.. setelah selesai, aku pun memerhati gelagat mereka sambil berborak dengan seorang PPM (pembantu pengurusan murid).. PPM ni diletakkan di setiap kelas untuk membantu guru...dan PPM jgak dipanggil "cikgu"!... 

sedang bersembang-sembang, aku melihat anak yang bernama Iwan ini tidak mewarna seperti anak2 yang lain....dia hanya duduk diam x bergerak mahupun bercakap... seolah-olah sedang berada di dalam dunianya sendiri...aku bertanya kepada PPM tentang Iwan...dan apa yang aku dapat tahu, Iwan seorang Autisme yang akan sentiasa berada di dalam dunianya sendiri dan dia jugak seorang yang mudah terasa hati jika tidak diberi perhatian... PPM yang bernama kak Siah itu menyuruh aku mencuba nasib untuk memujuk Iwan kerana menurut Kak Siah, Iwan xnak mendengar cakap sesiapa pun hari itu....mungkin mood dia x baik hari 2...

aku pun, menguatkan semangat dan cuba memujuknya... mulanya dia xnak dengar langsung apa yang aku cakap.. tapi setelah aku cuba dan aku cuba akhirnya dia memberi sedikit respon positif... dia mula menjawab apa yang aku tanya... dan aku terus memujuk supaya dia juga mewarna seperti yang lain.. akhirnya aku berjaya memujuk dia supaya mewarna seperti yang lain dengan syarat, aku turut mewarna bersama dia..! aku ikut kehendak iwan sehingga selesai mewarna...

dan bermula dari itulah, hanya aku yang mampu memujuk Iwan jika dia merajuk atau "buat hal"... guru2 lain pasti akan mencari aku bila Iwan "buat hal".. walaupun ketika itu, aku ada kelas, aku terpaksa meminta PPM menjaga kelas aku sementara aku memujuk Iwan... sehingga kini, Iwan hanya mahu mengikut cakap aku.. jika ada aktiviti di luar kelas, Iwan hanya akan duduk dengan aku... dan akan mengikut aku ke mana sahaja aku pergi..! jika ditanya cikgu apa yang dia sayang, pasti dia menyebut nama aku!

pernah 1 hari, aku pergi ke kedai dan terserempak dengan anak ini...dia berlari ke arah aku sambil menyebut "cikgu" dan terus memeluk aku... ramai mata yang memandang ke arah kami dan tersenyum....aku xtau nak kata apa....apa yang aku boleh buat hanyalah tersenyum...masa 2, aku rase nk nangis tetapi memandangkan aku dikhalayak ramai jadi, aku cuba tahan dr menangis...anak ini mengingati aku dan menunjukkan sayangnya pada aku... aku sangat terharu....

aku dan guru2 lain, semakin risau dengan keadaan ini, kerana tempoh perkhidmatan aku hampir tamat... kami xtau apa akan jadi bila aku dah x berkhidmat lagi... perkara inilah yang selalu kami bincangkan di bilik guru... aku jugak rungsing dengan keadaan ini.... menurut kata guru2 yang berpengalaman, anak2 istimewa ini, bila dia sudah "jatuh sayang" dengan kita, memang hanya kita yang menjadi sasarannya dan hanya kita yang mampu meredakan perasaan anak2 ini... sehingga kini, aku terus benggong mencari jalan penyelesaiannya sedangkan hari terakhir aku hampir tiba beberapa hari lagi... 

**Ohh TUHAN, bantulah aku dan kuatkanlah semangat aku..**

anak inilah yang bernama SYAZWAN AIMANN ^.^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...