Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai nama yang tersendiri | Nama ini di isi setelah melalui proses perbincangan dan persetujuan kedua ibu dan ayah si bayi | Begitu juga dengan aku | nama aku diberi oleh arwah nenek | tetapi di atas persetujuan mak dan abah | Nenek yg beri nama aku sbb aku adalah cucu sulung nenek | jadi, semua perkara mestilah melalui pengawasan dan persetujuan si nenek jugak |
seorang bayi yang beragama Islam, nama diberi pada hari ke-7 | nama yang diberi ini akan memberi kesan dalam membangunkan jiwa tauhid si bayi ini pada masa akan datang | Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan supaya anak2 diberikan nama yang baik2 setelah dilahirkan | Jika bayi lelaki, nama yang terbaik menggambarkan nama hamba kepada ALLAH S.W.T | seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim @ Abdul yang disandarkan kepada nama2 Tuhan | Selain itu, nama2 terpuji seperti Muhammad, Ahmad, Mahmud, Hamid @ apa sahaja | dan nama2 ini tidak salah sekiranya ditambah akhiran dengan nama Amjad, Majdi, Syauqi @ apa sahaja nama yang membawa makna yang baik.
Anak perempuan pula seelok-eloknye diberikan nama seperti Maryam, Khadijah, Aisyah @ nama2 anak dan isteri2 nabi atau nama2 mereka yang telah berjasa kepada Islam | Nama2 yang baik perlu dipilih dan diberi kepada anak2 kerana nama itu sendiri melambangkan siapa pemiliknye | kerana nama itu adalah doa kepada tuan punya badan |
Jika dilihat pada zaman sekarang, nama2 yang diberikan kepada anak2 adalah berbelit2 dan tidak tahu apa maknanye | Jadi, tidak hairanlah sekiranya anak2 itu tidak mampu untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang sebenar-benarnye | kerana nama yang diberi mempunyai makna yang kabur @ tidak mempunyai makna langsung | oleh itu, tiada nama yang akan mendoakan si pemiliknye itu | nama yang diberi oleh masyarakat kini banyak dipengaruhi oleh barat | contohnye mereka lebih menyukai nama Jefry berbanding Jaafar | lebih menyukai nama Mary berbanding Maryam | nama Rocky berbanding Ruqayyah | Ketty berbanding Khadijah | dan lain2 lagi nama yang berunsurkan barat | Adakah nama ini mempunyai maksud yang baik?? | apakah doa yang mereka akan peroleh daripada nama2 asing ini?? |
oleh itu, renung2 kan lah wahai Ibu bapa @ bakal ibu dan bapa di luar sana | Adakah nama anak @ bakal anak kalian adalah yang terbaik dan mampu mendoakan dan menggambarkan siapa anak2 kalian kelak |
"ISLAM ITU INDAH"
No comments:
Post a Comment