Ari ni ari isnin ~ 4 sure la ada perhimpunan kt sekolah kn ~ so, aku yg skg ni jadi guru ganti pun, kena la hadir jgak assembly 2 ~ ari ni kali kedua aku join ~ fenomena yg aku perhatikan berlaku semasa assembly bnyk ~ tp aku juz nk ckp kt cni tentang guru bercakap2 @ buat bising lebih dr anak murid ~ aku yg berada kat situasi 2 rase bingit sgt ~
guru bertugas terjerit2 la bagi arahan suruh murid2 diam ~ tapi bagaimana plak dgn guru2 di belakang yg buat bising, bersembang2 sesama sendiri?? ~ adakah ini salah 1 teladan yg baik yg ingin di tunjukkan kpd murid?? ~ situasi ini x lebih seperti "mak ketam yg mengajar anak ketam berjalan lurus tapai mak ketam sendiri jalan senget" ~ keadaan ini membuatkan aku termenung dan berfikir ~ memang patutlah sekiranye anak murid x mengikut kata guru mereka ~ mmg patut jgak la sekiranye ank murid x menjadi org yg baik ~ jika ini lah teladan dan tingkah laku yg ditunjukkan seorang guru ~ fenomena ni bukanlah fenomena pertama yg aku tgk ~ rata2nye guru di mana2 sekolah sekali pun (tp x semua guru berperangai camni, cuma segelintir) ada melakukan perkara ni ~
pelik ! adakah terlampau banyak cerita yg ingin dikongsikan sehingga x sempat nk tunggu perhimpunan hbs?? ~ banyak sangatkah gosip2 hot yg ingin dicanang sehingga di perhimpunan pun nk bersembang?? ~ x jumpa lagikah mereka2 ini selepas perhimpunan?? ~ ini lah salah satunye sikap seorang perempuan (sebab aku tgk cikgu lelaki xde lak bersembang sakan mcm cikgu perempuan!) ~ terlalu ringan mulut mereka untuk bercerita ~ terlalu banyak "analisis" tentang kehidupan org lain yg nk digembar-gemburkan ~ suara yg x sabar2 nk keluar x mengira tempat dan masa ~
aku akui, aku jugak seorang perempuan ~ xle lari jgak dr melakukan perkara yg sama ~ tetapi sekurang-kurangnye aku masih mampu berfikir selogiknye akal ~ mampu lagi utk menghormati org lain dan majlis ~ jika kita semua ada kesedaran ni, perkara2 ni xkan jdi ~ atau sekurang2 nye kita hormatilah kawan2 kita yg berucap kat depan ~ yg bersusah payah mengawal beratus2 anak murid di hadapannye ~ tetapi guru2 ini?? ~ apa yg guru2 ini tunjukkan kepada anak2 kecil ini?? ~ apakah guru2 ini sedang menolong kawannye di atas pentas itu?? ~
fikir2kanlah wahai manusia @ perempuan @ manusia @ sesiapa sahaja !! ~ didikan x hanya di papan hitan @ papan putih ~ tidak hanya berlandaskan silibus mata pelajaran semata2 ~ tetapi didikan juga diajar melalui tingkah laku, perbuatan sama ada secara langsung atau tidak ~ jadi, guru2 ini, didiklah anak2 bangsa kamu seikhlas dan sesungguh yang mungkin ~ jadikanlah mereka "manusia yg sebenar2nye manusia" ~ amanah dan tanggungjawab di bahu kamu ! ~
No comments:
Post a Comment