Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati | Oleh itu, hati hendaklah sentiasa di "cuci" supaya sentiasa bersih dan terhindar daripada perkara2 yg negatif | kita haruslah mengetahui bagaimanakah caranye untuk mencuci hati ini | berikut adalah petua2 secara ringkas::
- Dirikanlah solatmu | percepatkan solatmu seoalah2 maut hampir datang menjemput | dan sentiasalah berdoa | ini adalah salah satu kaedah yg sungguh berkesan | semasa berdoa, turut katakan "Ya ALLAH jadikanlah hatiku bersih" |
- Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W | paling minimma 100x sebelum tido | ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah | di samping dosa2 diampunkan, otak menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. |
- Solat taubat | selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda |
- membaca Al-Quran. | Membaca Al-Quran juga dapat menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi | setiap hari sekurang-kurangnye bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x. |
- bermaaf-maafan sesama kawan2 setiap hari |
- bisikan pada diri perkara yang positif. | jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.| katakanlah "aku sebenarnye ....... (perkara yang elok2)" |
- program minda / cuci minda. | paling baik pada waktu malam sebelum tido, senyum, pejam mata, katakanlah di dalam hati "Ya ALLAH, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nk jadi lebih baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif." | menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tido dapat dirakamkan sepanjang tido sehingga keesokkan harinye.|
- berpuasa | sekiranye dalam berpuasa, kita terhindar daripada melakukan perkara2 kejahatan.|
- cuba ingat tentang mati. | sekiranya hendak melakukan kejahatan, kita tidak akan sampai hati melakukan perkara tersebut kerana bimbang akan mati pada bila2 masa sahaja.|
- kekalkan berwudhuk
- bersedekah
- belanja orang makan.
marilah kita bersama2 mencuci hati kita semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. bersama2 lah kita beramal dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan ini. berjayalah di dunia dan di akhirat ! ^.^
diubahsuai drpd kata2 motivasi: Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah.
No comments:
Post a Comment